Tiny Hand Orange Bow Heart
Blogger Templates

PERHATIAN !

selamat datang ke siaran orenmadu! do follow ye? selamat menyinggah~ :]

Thursday, December 26, 2013

Azam baru :)

 Assalamualaikum ,
hari ni nak bentangkan satu cerita . today i should attend an interview at Pejabat Mara Kuala Pilah untuk kemasukan ke Institu Pengajian Tinggi yang seterusnya . Tapi aku membuat keputusan untuk tidak menghadirinya kerana aku taknak berpusing kepala memikirkan mana satu yang harus aku pilih . Jadi aku nak mengumumkan bahawa aku akan menjadi student of Putra International College merangkap anak buah Troy University dalam course Science Of Business In Administration . aku further degree kat situ . as the conclusion , aku telah pun keluar daripada bidang engineering . Wow ! perkara yang tidak disangka-sangka . 2 tahun aku berhempas pulas untuk membuka peluang ke arah pintu gerbang seorang jurutera , tapi akhirnya aku jualah yang menutup pintu itu kembali . HAHA . semudah itu je aku membuat keputusan . hmm .. 

actually , sejak kebelakangan ni aku memang dah meragui dengan semua ni . betul ke aku akan further engineering ? aku kena fikir betul-2 . adakah aku betul-2 minat dengan course tu ? aku taknak jadi robot yang belajar untuk exam . aku nak belajar untuk hidup , sebab benda yang aku akan belajar lepas ni adalah benda yang aku akan bawa sampai ke mati .

so , i think this is the best choice for me . aku harap apa yang aku belajar ni , akan sebati dengan jiwa aku . please be nice with me ya ? aku akan suka kau kalau kau suka kat aku , kayh :)

dengan ini , insyaAllah aku akan sentiasa menolak tawaran dan temuduga yang masih lagi melambai-lambai aku di luar sana . aku akan cuba jadi setia :') ya Allah , kuatkan lah hamba-Mu ini . hee:P  mcm lain je bunyinya tu . HAHA .

i will start my orientation on 8th January 2014 . 

okay , azam baru aku macam melambung-lambung je . aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan . please concentrate dengan apa yang kau cita-citakan . aku harap aku tak lagi mengelamun dalam kelas . aku masih ingat , tiap kali ada perjumpaan guru kelas dengan parents , perkara yang takkan pernah lupa untuk disebut adalah aku kuat mengelamun . HAHA . kite harap kite dah cukup besar untuk mengatasi masalah tersebut ^^

insyaAllah ..

experience is very important to us through the next steps

Tuesday, December 17, 2013

ASSALAMUALAIKUM :)

hai everyone . okay now , aku kembali bersuka ria dengan blog aku . aku dah mula cari bomoh untuk halau segala jin yang menetap atau menumpang di blog aku sepanjang ketiadaan aku sebelum ni .

sekali lagi aku perkenalkan diri kepada pembaca yang tidak mengenali aku sebelum ini . 
nama aku mungkin tak penting kan , tetapi kalian semua mungkin boleh mengenali aku sebagai MAI . 
i come from seremban , but i end my SPM at Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra , Pulau Pinang .
subjek untuk SPM ;
|B.MELAYU,ENGLISH,P.ISLAM,SEJARAH,MATHEMATICS|
|PHYSICS,CHEMISTRY,ADDMATH,ENGINEERING DRAWING,ELECTRIC&ELECTRONIC ENGINEERING STUDIES|

hari tu ade apply untuk program persediaan diploma di UTHM , sebab aku taknak jadi penganggur tegar di rumah bila abis spm , dan alhamdulillah aku dapat . tapi jadual yang agak padat dan perancangan lain , aku terpaksa menolah tawaran tu .

15 DISEMBER 2013 , UTP EDUCAMP . |interview kak :) |
aku taknak cakap lebih-2 pasal educamp tuh , sebab aku pasti orang lain akan menceritakan situasi yang sama seperti mana aku . 
so , just wish for it .

few days later , IUKL(KLIUC) catch me on the phone . they ask me a few question about my applience . and they remind me about foundation january intake on 6th . so i need to prepare all the necessary i want it.

today , TROY UNIVERSITY call me . cawangan di malaysia known as Putra International College . dapat tawaran biasiswa untuk further degree 4 tahun terus dekat situ . aku agak excited sebab bile dengar yang aku tak perlu nak buat foundation atau diploma bagai . 
but , aku ragu-2 sebab itu IPTS . 

ya , sememangnya aku tengah cuba untuk study awal (january intake)  dan yang menyediakan program untuk study awal ialah IPTS .
sebab aku takut resault spm aku tak seperti yang aku harapkan . berpuluh-2 ribu budak pandai kat Malaysia ni , aku takut aku tak dapat peluang .

seriously , aku terasa tension sekarang . tak tau nak start cerita daripada mana , but later if i need to , i will do .

okay , tuh je intro aku kali ni . maklum lhaa dah lame tak update entry , so agak kekok sedikit . 

^^,


experience is very important to us through the next steps