ramadhan sedang berlari2 mengejar penamat syaaban . kita pun dah sibuk2 fikir pasal raya . baju baru lah , tiket nak balik lah . hmm . sempat ke aku nak sambut kali ny huh ? haih . dan exam midyear amat menyedarkan aku . yer , dosaku yag entah mana lorongnya , aku tidak pasti . tetapi ku amat yakin bahawa bala yang tidak habis2 menyesakkan nafas aku adalah disebabkan kesilapan yang tidak aku sedari mana wujudnya . hmm .
lakonan yang kaw anggap gurauan , sedang ligat memainkan dramanya . huh . tiada siapa yang tawu betapa tersentuhnya hati aku ini terhadap sikap kaw yang tidak aku sangka , wahai kawan . aku tahu kaw tidak bermaksud untuk melukakan hatiku . aku tahu budaya korang yang memang suka bercanda sebegitu . tetapi bukan aku orang nya yang hendak dijadikan bahan .
ku kunci bicara ku , demi mempertahan kan sebuah harga diri yang seronok dijadikan pemainan .
ya .
ku bisukan suara ku . kerana pedih nya hati yang bagai dihiris .
ku kerat lidahku untuk menghilangkan kepetahan ku didalam kelas seperti dahulu .
ku keraskan hati dan diri supaya diri tidak dibarakan api kemarahan yang dikibas syaitan .
ku sarungkan diri dengan selimut halimunan yang hanya aku sahaja tahu demi menahan prasaan malu yang teramat apbila menjejakkan kaki ke kelas .
entah mengapa , aku betul2 tersentuh dengn apa yang diperkatakan ******* dan ****** tempoh hari . amat mendalam maksudnya , dan aku cuba mengukir senyuman walaupun terasa seperti dipaksa makan biji kopi mentah . kelat benar rasanya .
biarlah . mungkin ini ujian daripada-NYA . menguji setinggi mana tahap kesabaranku dalam melangkau duri-duri tajam yang dibentang oleh-nya . mungkin bukan sekarang untuk aku merasai nikmat daripada-NYA .
aku akan buktikan bahawa aku bukanlah selemah seperti yang disangka . aku juga mampu seperti mana korang semua mampu . insyaAllah .
aku akan buktikan bahawa aku bukanlah selemah seperti yang disangka . aku juga mampu seperti mana korang semua mampu . insyaAllah .
experience is very important to us through the next steps
0 comments:
Post a Comment